Pelan Pascabayar
Mencari pelan pascabayar terbaik di Malaysia? Terokai ULTRA Postpaid dengan data yang besar, pilihan perayauan, ULTRA5G Priority Pass dan Keselamatan Pelan Mudah Alih
5G SA merujuk kepada teknologi 5G Standalone (SA), yang beroperasi sepenuhnya menggunakan teknologi 5G tanpa bergantung kepada sistem 4G. Ini membolehkan kelajuan yang lebih pantas, masa respons yang lebih cepat dan sambungan yang lebih stabil.
Pengguna iPhone
Anda mesti mempunyai perkara berikut:
a. Pelan kadar yang layak
b. iPhone 15 atau model lebih baharu dan perisian dikemas kini ke iOS 26.4 atau lebih terkini
c. eSIM atau SIM fizikal 5G SUCI
Pengguna Android
Anda mesti mempunyai perkara berikut:
a. Pelan kadar yang layak
b. Peranti yang serasi dengan perisian terkini
Setelah semua syarat di atas dipenuhi, anda tidak perlu membuat sebarang konfigurasi dan boleh mula menikmati 5G SA.
Berkuat kuasa 7 April 2026, semua pendaftaran baharu bagi pelan ULTRA akan diperuntukkan secara automatik dengan 5G Standalone (5G SA).
Pada masa ini, 5G SA tersedia untuk pelanggan yang menggunakan pelan berikut:
Pelan Pascabayar:
Pelan Prabayar:
Senarai pelan yang akan diperuntukkan dengan 5G SA akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Sila nantikan maklumat lanjut.
iPhone
5G SA tersedia untuk iPhone 15 dan model lebih baharu. iPhone anda mesti dikemas kini ke iOS 26.4 atau lebih terkini untuk menggunakan 5G SA.
Android
Keserasian 5G SA bergantung pada model peranti dan versi perisian. Sila semak dengan pengeluar peranti anda untuk mengesahkan sama ada peranti anda menyokong 5G SA.
iPhone
Jika anda merupakan pengguna eSIM sedia ada, anda sudah boleh menikmati 5G SA.
Namun, jika anda sedang menggunakan kad SIM fizikal, kad SIM anda mestilah SIM 5G SUCI untuk menikmati 5G SA. SIM 5G SUCI mempunyai salah satu reka bentuk berikut:
Jika reka bentuk SIM anda tidak seperti di atas, anda boleh sama ada:
i. Memohon eSIM melalui aplikasi MyUMobile; atau
ii. Mengunjungi mana-mana Kedai U Mobile jika anda memilih kad SIM fizikal 5G SUCI
Sebarang penggantian SIM atau pemindahan eSIM akan dikenakan caj RM10 (tidak termasuk cukai yang berkenaan).
Android
Anda boleh menggunakan eSIM sedia ada atau kad SIM fizikal untuk menikmati 5G SA.
Memandangkan teknologi sambungan ini masih baharu dalam industri, peranti lama berkemungkinan tidak menyokong 5G SA. Untuk mengakses teknologi 5G SA, telefon pintar perlu mempunyai komponen dan perisian yang sesuai yang diaktifkan oleh pengeluar.
Anda akan terus menikmati sambungan 5G atau 4G tanpa gangguan pada rangkaian kami.
Apabila anda disambungkan ke rangkaian ULTRA5G milik U Mobile, nama rangkaian akan dipaparkan sebagai ‘UM ULTRA5G’ pada telefon yang menyokong 5G SA.
Namun, jika anda disambungkan ke rangkaian 5G milik Digital Nasional Berhad (DNB), nama rangkaian akan dipaparkan sebagai ‘U Mobile 5G SA’.
Anda akan terus menikmati sambungan 5G atau 4G tanpa gangguan pada rangkaian kami.
Tidak, anda boleh mengakses 5G SA tanpa sebarang caj tambahan, dengan syarat anda menggunakan pelan yang layak dan peranti yang serasi dengan 5G SA.
MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}